KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN AIMM
 
  Laman Utama
  Perutusan Penasihat Kelab REKA
  Maklumat Korporat
  Jawatankuasa Induk
  Senarai Warga REKA
  Perlembagaan REKA
  Berita Terkini
  Hubungi
  Galeri
  Polls
Perlembagaan REKA
KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN AIMM
 
Fasal 1 NAMA/ALAMAT/TEMPAT MESYUARAT
(1) Pertubuhan ini akan dikenali dengan nama  Kelab Rekreasi Dan Kebajikan AIMM, atau lebih dikenali sebagai Kelab REKA, Akademi Imigresen Malaysia       (selepas ini di sebut Kelab)
 
 Fasal 2 TEMPAT URUSAN
(2)        Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah Pejabat Akademi Imigresen Malaysia, Bt. 12 Jalan Pantai 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan atau lain-lain tempat yang akan di tetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat, Pejabat Akademi Imigresen Malaysia, Bt. 12 Jalan Pantai 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Fasal 3 BENDERA, LAMBANG DAN LOGO
      (1) Lambang Kelab ini mengandungi ciri-ciri berikut:
a)    Sebuah perisai berwarna merah, hitam dan biru yang dibahagi tiga. Bahagian atasnya mengandungi tiga(3) bulatan berangkai berwarna hijau, biru dan kuning melambangkan warna Jabatan Imigresen Malaysia.
b)    Di bawah perisai ini tertulis warna merah, hitam dan biru perkataan “KELAB REKA AIMM” dan terdapat logo Jabatan Imigresen Malaysia.
c)    Lambang-lambang tadi di sokong di bahagian bawahnya dengan moto Kelab “BERKHIDMAT,BERAMAL,BERSUKAN” dalam warna kelab REKA dan berlatarbelakangkan bulatan.
 
(2) Tafsiran Logo ialah :-
a)   REKA              -           Singkatan kepada Rekreasi dan kebajikan AIMM.
b)   HITAM                        -           Melambangkan kekuatan KELAB REKA.
c)   MERAH          -           Warna merah pada perkataan KELAB melambangkan
                                          keberanian dalam tindakan yang mengikut peraturan.
d)   3 BULATAN    -           Lambang bersepadu seluruh warga AIMM.
e)   HIJAU             -           Keanggotaan pegawai Imigresen.
f)    BIRU               -           Keanggotaan kakitangan guna sama.
g)   KUNING         -           Melambangkan sifat-sifat terpuji warga AIMM.
h)   PUTIH             -           Warna latar belakang logo melambangkan suci hati
 
 
Fasal 4 TUJUAN/MATLAMAT KELAB
 
    (1) Tujuan ulung Kelab adalah:-
a)    Mewujudkan aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada mempererat persefahaman, muhibah dan silaturahim antara semua peringkat anggota Akademi khasnya dan Jabatan amnya.
b)    Mendorong serta menyedarkan ahli-ahli Kelab agar berminat penuh dan bergerak cergas dalam bidang-bidang kebajikan, pelajaran dan kerja-kerja amal.
c)    Berusaha mewujudkan aktiviti-aktiviti berunsurkan keagamaan bagi memperkuatkan lagi asas keimanan ahli-ahli Kelab sejajar amalan kerja Bersih, Cekap, Amanah.
d)    Menggalakkan penglibatan ahli-ahli kelab dalam aktiviti-aktiviti Kebudayaan, dan Kesenian Kebangsaan.
e)    Mendorong dan menggalakkan ahli-ahli Kelab mengambil bahagian aktif dalam lapangan sukan dan rekreasi sama ada di peringkat Jabatan, Negeri mahu pun Kebangsaan.
f)     Menggalakkan dan memimpin ahli-ahli Kelab atau bertindak bagi pihak ahli-ahli untuk bergiat dalam lapangan koperatif, pelaburan dan perniagaan.
g)    Lain-lain aktiviti yang dijangka mendatangkan faedah jasmani/rohani kepada ahli-ahli Kelab.
h)    Mendapat bayaran / dana dari ahli atau orang awam bagi tujuan menjalankan   kelas dengan syarat mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.
      (2)     Kelab ini boleh bergabung dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai
               matlamat serta tujuan-tujuan yang serupa yang berdaftar di Malaysia.
 
Fasal 5 KEAHLIAN.
     (1)   Keahlian terbahagi kepada dua (2) bahagian:-
a)    Ahli biasa:-
Kakitangan Akademi Imigresen Malaysia secara automatik menjadi ahli biasa dengan mengisi dan menandatangani borang yang diperuntukkan.
 
 
 
 
 
 
b)    Ahli Kehormat.
i)      Jawatankuasa Kelab berkuasa melantik ahli kelab kehormat dan   
      memberhentikan keahlian seumpama ini adalah tertakluk kepada keputusan
      muktamad Jawatankuasa.
ii)   Isteri/Suami kakitangan AIMM secara automatik menjadi ahli kehormat kelab.
 
(2) Keluarga ahli kehormat menjadi ahli kelab (Isteri/anak). Setiap ahli mestilah menjelaskan bayaran yuran bulanan pertama dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh keahliannya.
(3) Hanya ahli biasa berhak menjadi dan menjawat jawatan di dalam Jawatan Kelab bagi yang hadir sahaja. Semua ahli biasa akan dapat menggunakan lain-lain hak dan keistimewaan Kelab termasuk menghadiri dan bersuara dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Semua ahli biasa kelab mempunyai hak yang sama di dalam pertubuhan ini kecuali perkara-perkara tertentu yang dinyatakan di dalam Perlembagaan ini.
(4) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(5) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(6) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fasal 6 BAYARAN KEMASUKAN DAN YURAN
 
     (1)   Bayaran kemasukan   Tidak dikenakan____________
Yuran Bulanan              RM 3 (Tiga Ringgit Sebulan)_     
(2)   Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh   10   hari awal tiap-tiap bulan.
(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.
 
Fasal 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
 
      (1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
    (2)    Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
 
 
 
Fasal 8 MESYUARAT AGUNG
 
(1)    Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
         kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
         kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah
         hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan
        mencukupi kuorum untuk mesyuarat.
(2) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
       ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
      satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan          
      jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
      untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
      menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang
      Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
 
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
a)    menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
b)    menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
c)    Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan
d)    Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
 
(4)    Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 10
         hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat
         termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira
        Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga
        hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
        Pertubuhan.
 
 
 
 
Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
 
a)    bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
b)    atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
 
(5) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(6) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(7) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan
      penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung
      Khas tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
      waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli
      itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari
      tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang
      sama tidaklah boleh diadakan.
(8)  Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf   
       peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas
      dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
 
Fasal 9 JAWATANKUASA
 
(1)        Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
 
 
 
(2)      Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas Eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
(3)      Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli• di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
(4)      Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5)    Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat.
(6)    Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dan ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
      surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
      menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
 
 
 
 
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
 
e)    Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa
f)     Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.
Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
g)    Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
   (7)   Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
 
Fasal 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
 
(1)        Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi    
             Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
            bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2)       Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
            ketiadaannya.
 
 
 
 
 
(3)        Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan. nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.
(4)        Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5)        Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(6)        Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
 
FASAL 11 KEWANGAN
 
(1)        Tertakuk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
 
 
 
 
(2)        Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1,000 (Seribu ringgit) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3)        Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dan kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4)        Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,500 (seribu lima ratus ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 3,000 (Tiga ribu ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,500 (Seribu lima ratus ringgit) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
(5)        Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawab Fasal 12 undang-undang mi dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.
Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6)        Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dan 1hb  Januari dan berakhir
pada 3lhb Disember tiap-tiap tahun.
 
FASAL 12 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
 
(1)        Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
(2)        Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
 
 
FASAL 13 PENGAMANAH
 
(1)        Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
(2)        Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan
dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.
(3)        Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, peletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.
 
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
 
(1)        Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2)        Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
 
FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
 
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
 
 
 
FASAL 16 LARANGAN
 
(1)        Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
(2)        Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;
(3)        Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
(4)        “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
 
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
 
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dan tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
FASAL 18 PEMBUBARAN
 
(1)        Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
(2)        Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
(3)        Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
 
 
 
 
...........................................................             .......................................................
            BASRI BIN HJ OTHMAN                 MOHD AMIRUL NAZRIN BIN HJ BASIRUN
Pengerusi                                                              Setiausaha
 
Cerita Terbaru  
  Perlantikan Biro telah dibuat seperti berikut:
Norissah dan Saipul Hanim menjaga Biro Sosial, Syed Azizan menjaga Biro Kebajikan, Zulfadhli menjaga Biro Sukan dan Khalid menjaga Biro Ekonomi
 
Gerak Tangkas Biro Ekonomi  
  Biro Ekonomi telah bergerak lancar dengan pembelian khemah dan penjualan cd. Jualan t-shirt dan sebagainya akan menyusul  
Al Fatihah  
  Takziah kepada kedua-dua ahli REKA iaitu Tuan Johari dan Tuan Alias yang kehilangan ibu / bapa. Moga Allah SWT rahmati arwah berdua  
Tahniah dan Syabas  
  Tahniah dan syabas dari Ahli REKA yang lain kepada rakan-rakan kita yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2008... Tahun depan InsyaAllah giliran saya pulak...heheh  
TP(L) kita berseri-seri  
  Tahniah dan ucap selamat dari warga REKA kerana berpindah ke rumah sendiri...senyuman melebar  
Today, there have been 3 visitors (3 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free